Khairus Syifa' dah genap usia 2 minggu. tapi saya selama 2 minggu ni tak dapat jenguk dia dan ummi dia sebab kena kerja (Rembau). Insyallah hari Jumaat baru saya balik Terengganu.
Minggu pertama kelahiran muka dia nampak kurus je. Lepas 2 minggu nampak berisi mukanya. nampak bertambah sihat. Hari tu kena demam kuning kejap. mak saya datang dari Jelai ke Paka semata2 nak jenguk dia dan tolong rawat sakit demam kuning.
Ada yang kata si ibu kena makan anggur hijau selalu sebelum bersalin dan amalkan berterusan untuk mencegah sakit.
Kebanyakannya suruh jemur pada waktu pagi dalam waktu pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.
Ayah mertua pulak belikan ubat dari homeopaty.
Sebahagian kata suruh bagi minum susu kambing. Tapi nurse tak kasi bagi.
Semua bagus. Tapi yang terbaik dan saya yakini ialah susu ibu. Saya difahamkan masa ibu baru bersalin bayi kena bagi segera susu ibu. Ini kerana susu yang terhasil pada peringkat awal kelahiran mengandungi kolostrum yang berfungsi melawan penyakit dan mempunyai banyak zat. Dan ini sebenarnya ubat sebenar mencegah sakit demam kuning.
Cuma pada waktu kelahiran ada sesetengahnya tak keluar susu. Anak saya pulak pada masa kelahiran terpaksa ditahan wad sehari kerana ada masalah sikit dan tak dapat diberikan susu.
Saya pun risau jugak keadaan Syifa' hari tu mulanya. Mujurlah takde ape-ape. semua baik. Yang penting umminye pun ok.
Selama 2 hari saya kat Rembau tak tentu arah. Risau bila agaknya bersalin. bila dah bersalin tak tau nak gambarkan mcaman perasaan gembira bila dapat cahaya mata.
Saya tak dapat teman dia masa bersalin walaupun hajat hati kalau boleh nak sambut kelahiran anak waktu tu. tapi apakan daya, saya mintak cuti seminggu dengan harapan dapat teman dia masa bersalin, habis 2 minggu dia tak bersalin jugak. 3 hari saya balik rembau dia pun bersalin.
Zaitul kata waktu tu ramai yang bersalin. satu bilik terpaksa dikongsi 2 orang. maka si bapa pun tak dibenarkan masuk. Dia kata kat situ mcm-mcm ragam si bapa lepas tengok isteri bersalin. ada yang menangis, ada yang peluk mak ayah. Dan ada jugak yang pengsan. bayangkan lah sakit bersalin tak terluah dengan kata-kata ibarat sakit yang bertarung antara hidup dan mati. Terima kasih Zaitul. Terima kasih mak, abah, mertuaku, nurse kak aini klinik gadong dan semua yang bagi sokongan kat kitorang. Terima kasih.

1 komen:

Tanpa Nama Selasa, 28 Oktober, 2008  

xde pic latest syifa' ke?

-ainn-