Tanggal 7 Oktober 2008 lalu Isteri saya, Zaitul Asma selamat melahirkan anak kami yang pertama pada jam 7.43 pm. Anak perempuan. Khairus Syifa' (Sebaik-baik penyembuh) nama diberi.

Setelah setahun dua bulan menunggu saat ini akhirnya Allah mengabulkan doa kami. Kehadiran cahaya mata kami menginsafkan kami betapa anak adalah anugerah Allah yang besar. Dalam hati kami akur kebenaran yang berkuasa menyebabkan kematian dan kehidupan hanyalah Allah SWT sahaja. Kita tak mampu nak tentukan urusan hidup mati.
Kami cemburu bila melihat kawan-kawan berkahwin, 9 bulan lepas tu dapat zuriat. Kami berkahwin selepas 5 bulan barulah mendapat tanda akan memperolehi cahaya mata.
Kami melihat ramai jugak yang mengalami situasi yang sama. Menunggu saat yang lama untuk mendapat anak. Ada yang terpaksa menunggu setahun. Ada yang dua tahun. Ada yang sampai sekarang tak dapat anak lagi.
Kadang-kadang hairan kenapa orang yang 'tak sempat kahwin' terus mengandung. Dalam hati tertanya-tanya apalah agaknya dosa kami ni. Diorang buat kerja terkutuk senang je dapat. Tapi yang ikut cara halal Allah lambatkan. Adakah ada suatu rahsia tersembunyi yang Allah simpan untuk kami. Mungkinkah ada hadiah yang istimewa yang akan kami perolehi satu masa nanti. Ternyata benar.. Masa yang lama sebenarnya memberi ruang kepada kita mempelajari selok belok tentang erti kehidupan serta cabaran terhadap survival kemampuan yang agak terbatas.
kami berdoa semoga Allah kurniakan keberkatan hidup kami serta dimurahkan rezeki kepada kami. Amin...

5 komen:

azna Ahad, 12 Oktober, 2008  

comelnya....

julia Isnin, 20 Oktober, 2008  

Alhamdulillah...akhirnye cahaya mata yg dinantikan telah lahir memeriahkan hati ummi n abinye...tahniah hafiz n zaitul..

Tanpa Nama Selasa, 21 Oktober, 2008  

salam,
tahniah kepada abg hafiz dan kak zaitul atas kelahiran puteri tercinta. di doakan putrei ini menjadi insan yang solehah dunia dan akhirat.

rohani Rabu, 22 Oktober, 2008  

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..Tahniah Hafiz & Zaitul..
masa ana call sebelum Aidilfitri yang lepas, Zaitul dah masuk ward tapi lum bersalin..hehe...Alhamdulillah dah selamat..
Semoga Khairus Syifa' menjadi anak yg solehah...

Hisamuddin Sabtu, 08 November, 2008  

Salam.

Alhamdulillah, sukran dan tahniah sy ucapkan kepada atum berdua (hafiz & zaitul). mungkin agak terlambat sedikit ucapan ini kerana sy baru berkesempatan utk m`getahui berita gembira ini pada saat ini.
semoga kalian akan terus tabah dan gembira dengan rahmat dan penberian Allah pada kalian berdua.. Tahniah sekali lagi.