PROGRAM USAHAWAN BERSAMA CERAMIC BUSINESS FOCUS

Ceramic Business Focus Bhd. adalah satu peluang perniagaan yang terkini dan unik dimana ahli-ahli akan mendapat faedah yang disediakan oleh syarikat dimana privilages business ini juga boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

Syarikat juga memberi peluang kepada ahli-ahli yang berminat untuk menjadi usahawan-usahawan Ceramic e-mart dengan bantuan promosi dan pelanggan yang sedia ada. Syarikat juga merancang untuk mengadakan sebuah atau lebih super-mart di setiap negeri atau menaik taraf Ceramic e-mart sedia ada dengan kekuatan yang ada pada syarikat.

KEISTIMEWAAN SEBAGAI AHLI

  1. PROGRAM GANJARAN E-MALL ( SHOPPING POINT ) Barangan berasaskan seramik , Baucer Giant, Baucer KFC , Baucer Petrol dan barangan dari lain-lain e-niaga untuk ditebus dengan Shopping Point (SP) anda.
  2. PAKEJ PERLANCONGAN DALAM NEGERI & LUAR NEGARA
  3. Community Caring Program (CCP) Program Kemasyarakatan dan Kebajikan Ahli. Jika seseorang ahli dari peserta CCP meninggal dunia, semua peserta akan menderma 1 EV kepada ahli keluarga / waris beliau.
PERCAYAKAH ANDA?
Ceramic Business Focus Menyediakan satu peluang perniagaan dengan pulangan modal dan untung di tangan anda?
KONSEP SELLBACK FRANCISE SYSTEM
Francise :

Satu hak yang diberikan oleh sesebuah syarikat untuk menjual atau memasarkan produk melalui sistem yang ditentukan

Sellback :

Menjual semula

SAYA BERMINAT DAN BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENYERTAI PAKEJ USAHAWAN INI?

Call saya : Cikgu Hafiz 013-2361900

Pelajar membantu saya menyiapkan 'kerja rumah' di sekolah..

Khairus Syifa' dah genap usia 2 minggu. tapi saya selama 2 minggu ni tak dapat jenguk dia dan ummi dia sebab kena kerja (Rembau). Insyallah hari Jumaat baru saya balik Terengganu.
Minggu pertama kelahiran muka dia nampak kurus je. Lepas 2 minggu nampak berisi mukanya. nampak bertambah sihat. Hari tu kena demam kuning kejap. mak saya datang dari Jelai ke Paka semata2 nak jenguk dia dan tolong rawat sakit demam kuning.
Ada yang kata si ibu kena makan anggur hijau selalu sebelum bersalin dan amalkan berterusan untuk mencegah sakit.
Kebanyakannya suruh jemur pada waktu pagi dalam waktu pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.
Ayah mertua pulak belikan ubat dari homeopaty.
Sebahagian kata suruh bagi minum susu kambing. Tapi nurse tak kasi bagi.
Semua bagus. Tapi yang terbaik dan saya yakini ialah susu ibu. Saya difahamkan masa ibu baru bersalin bayi kena bagi segera susu ibu. Ini kerana susu yang terhasil pada peringkat awal kelahiran mengandungi kolostrum yang berfungsi melawan penyakit dan mempunyai banyak zat. Dan ini sebenarnya ubat sebenar mencegah sakit demam kuning.
Cuma pada waktu kelahiran ada sesetengahnya tak keluar susu. Anak saya pulak pada masa kelahiran terpaksa ditahan wad sehari kerana ada masalah sikit dan tak dapat diberikan susu.
Saya pun risau jugak keadaan Syifa' hari tu mulanya. Mujurlah takde ape-ape. semua baik. Yang penting umminye pun ok.
Selama 2 hari saya kat Rembau tak tentu arah. Risau bila agaknya bersalin. bila dah bersalin tak tau nak gambarkan mcaman perasaan gembira bila dapat cahaya mata.
Saya tak dapat teman dia masa bersalin walaupun hajat hati kalau boleh nak sambut kelahiran anak waktu tu. tapi apakan daya, saya mintak cuti seminggu dengan harapan dapat teman dia masa bersalin, habis 2 minggu dia tak bersalin jugak. 3 hari saya balik rembau dia pun bersalin.
Zaitul kata waktu tu ramai yang bersalin. satu bilik terpaksa dikongsi 2 orang. maka si bapa pun tak dibenarkan masuk. Dia kata kat situ mcm-mcm ragam si bapa lepas tengok isteri bersalin. ada yang menangis, ada yang peluk mak ayah. Dan ada jugak yang pengsan. bayangkan lah sakit bersalin tak terluah dengan kata-kata ibarat sakit yang bertarung antara hidup dan mati. Terima kasih Zaitul. Terima kasih mak, abah, mertuaku, nurse kak aini klinik gadong dan semua yang bagi sokongan kat kitorang. Terima kasih.

Tanggal 7 Oktober 2008 lalu Isteri saya, Zaitul Asma selamat melahirkan anak kami yang pertama pada jam 7.43 pm. Anak perempuan. Khairus Syifa' (Sebaik-baik penyembuh) nama diberi.

Setelah setahun dua bulan menunggu saat ini akhirnya Allah mengabulkan doa kami. Kehadiran cahaya mata kami menginsafkan kami betapa anak adalah anugerah Allah yang besar. Dalam hati kami akur kebenaran yang berkuasa menyebabkan kematian dan kehidupan hanyalah Allah SWT sahaja. Kita tak mampu nak tentukan urusan hidup mati.
Kami cemburu bila melihat kawan-kawan berkahwin, 9 bulan lepas tu dapat zuriat. Kami berkahwin selepas 5 bulan barulah mendapat tanda akan memperolehi cahaya mata.
Kami melihat ramai jugak yang mengalami situasi yang sama. Menunggu saat yang lama untuk mendapat anak. Ada yang terpaksa menunggu setahun. Ada yang dua tahun. Ada yang sampai sekarang tak dapat anak lagi.
Kadang-kadang hairan kenapa orang yang 'tak sempat kahwin' terus mengandung. Dalam hati tertanya-tanya apalah agaknya dosa kami ni. Diorang buat kerja terkutuk senang je dapat. Tapi yang ikut cara halal Allah lambatkan. Adakah ada suatu rahsia tersembunyi yang Allah simpan untuk kami. Mungkinkah ada hadiah yang istimewa yang akan kami perolehi satu masa nanti. Ternyata benar.. Masa yang lama sebenarnya memberi ruang kepada kita mempelajari selok belok tentang erti kehidupan serta cabaran terhadap survival kemampuan yang agak terbatas.
kami berdoa semoga Allah kurniakan keberkatan hidup kami serta dimurahkan rezeki kepada kami. Amin...